Pages

Tuesday, 10 September 2013

Air Minuman Arnab

Seperti manuasia dan haiwan bernyawa yang lain, AIR adalah keperluan penting untuk kelangsungan hidup. Dalam pengalaman Ar38 seekor arnab memerlukan bekalan air sebanyak 350ml - 550ml sehari, bergantung kepada jantina, umur, pemakanan dan juga faktor cuaca.Pada pengalaman Ar38 arnab akan berhenti makan terutamanya palet sekiranya tiada bekalan air.Jadi sekiranya arnab anda kurang selera makan atau buat tak layan je ketika anda memberi dia makan,kemungkinan pertama adalah bekalan air.

Pastikan anda memberi arnab anda air yang bebas klorin. Klorin dalam pengalaman Ar38 mampu membunuh arnab anda secara senyap.Untuk memastikan air yang diberi bebas klorin :-

  • gunalah bekalan air yang menggunakan penapis yang mampu melenyapkan kandungan klorin.
  • sekiranya anda menggunakan air terus dari bekalan paip, simpan air itu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum diberi,kerana ini mampu mengurangkan kandungan klorin. ATAU
  • dedahkan bekalan air anda kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 2 jam. Ini juga mampu melenyapkan kandungan klorin.
Pastikan bekas air sentiasa bersih kerana arnab peka dan tidak meminum air yang berbau dan masam.Jangan biarkan bakteria yang menbiak didalam air  menjadi penyebab kematian arnab anda tanpa disedari.




bekas minuman pada awal penglibatan Ar38 pada tahun 1999



bekas air yang  Ar38 gunakan dalam tahun 2008


bekas air 2010


bekas air 2011



Pada tahun 2012 Ar38 telah melakukan sebuah tranfomasi dengan menukarkan sistem bekalan air kepada sistem minuman air automatik dengan sistem bertangki.


rabbit nipple + Tee joint + spring



Tangki bekalan air isian manual dengan kapasiti 15 liter yang mampu menampung bekalan air selama 3 hari untuk 10 ekor arnab dewasa. Paip getah digunakan untuk mengalirkan bekalan air kepengguna (arnab).




No comments:

Post a Comment