Pages

Saturday, 7 September 2013

Makanan Ruji dan Diet Arnab

Di Ar38 kami mengamalkan bemberian makanan berbentuk palet kepada semua arnab. Arnab diberi makan  2 kali sehari pada kadar 45 -60 gram sekali mengikut umur dan jantina. Ini adalah untuk mengelakkan arnab Ar38 daripada obe atau kegemukan yang melampau dan mengekalkan kecerdasan arnab.Lagipun tabiat arnab yang suka menyakar bekas makanan akan menbazirkan palet yang berlebihan.  



Palet


Selain palet Ar38 juga menberi arnab-arnab makanan sampingan iaitu daun segar yang dilayukan. Bukan untuk menjimatkan penggunaan palet, tetapi ianya sebagai sebahagian daripada diet arnab Ar38. Daun-daun ini diberi pada sebelah petang atau tengahari. Antaranya adalah.....


 pokok MALKISA. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pokok ini sila layari internet.



daun malkisa diberi 3 -4 helai sehari



Ini adalah pokok LEMPOYANG, tidak ada kena mengena dengan Tuan Husin Lempoyang dalam cerita 3 Abdul, pasal dia saudagar UNTA, Ar38 saudagar arnab.
Daunya diberi 4-5 helai termasuk batangnya sekali sehari.



Sapa tahu ni NAPIER jenis APA?


Sebenarnya Ar38 pun tak tahu ianya nepier jenis apa, yang Ar38 tahu di negara asal arnab, mereka panggil rumput LEMON. Rumput lemon ni Ar38 beri setengah batang termasuk batang dan daun, dengan lain perkataan pokok ini dibahagi sama dari atas kebawah.Pemakanan rumput ini membolehkan persekitaran kandang berbau harum seharian dengan urine arnab yang berbau LEMON. 



ni TURMERIC tree, di beri 1/2 @ 1 helai sehari



 memastikan bekalan turmeric senantiasa mencukupi 



ini namanya ISRAEL TREE, diberi jika ada bekalan. Sentiasa tumbuh walaupun tidak ditanam.



 
SCREWPINE , diberi 1 - 2 helai sehari, kalau stock tak cukup balik ambil dikampung...


 RUMPUT NANAM,  diberi kalau ada stock


KAEMFERIA PULCHRA


diberi sehelai @ 2 sehari.

Selalunya Ar38 akan menberi makan daun malkisa 2 @ 3 hari beterusan dan diikuti daun lain secara berselang -seli.Selain daripada yang dipaparkan diatas ada lagi beberapa jenis tumbuhan yang tidak dapat ditunjukkkan disini atas tujuan keselamatan.
Tabiat arnab yang suka mengunyah, akan memakan apa sahaja yang diberi.Jadi kitalah yang menentukan baik atau buruknya kesihatan arnab kita.

No comments:

Post a Comment