Pages

Wednesday, 4 September 2013

Kelahiran anak Arnab Turkish Angora, Arnab Kampung dan Penyusuan

02/09/13 selepas subuh kelahiran sulung untuk LILO si Turkish Angora. Dua ekor anak dia, sekor warna putih dan yang sekor lagi colour gray.

anak si LILO yang COMEL



03/09/13 si IBU, arnab kampung pula melahirkan dua ekor anak, warna putih dan white with black doted.Tak tahu pula ngapa kali ni sikit pulak anak si Putih, selalunya 3 - 5 ekor. Mungkin faktor cuaca kot. Yang paling menakjubkan anak si Putih ni telahpun ditempah sebelum si Putih ni ngandung lagi, tuah arnab la katakan.....MUNGKIN.

amak si PUTIH

PENYUSUAN

Menjadi tradisi bagi Ar38 semua arnab akan ditempatkan berasingan dari ibunya. Anak akan dimasukkan kedalam bakul dan ditempatkan didalam rumah. Penyusuan dilakukan secara manual iaitu ibu akan dimasuk kedalam bakul bila tiba waktu penyusuan. Susu diberi 2 atau 3 kali sehari mengikut keperluan dan berjadual. Ibu Arnab akan mendapat anaknya kembali selepas 14 hari. Pada hari ke 3 atau ke4 anak arnab akan diselaputi bulu sepenuhnya dan pada masa inilah akan terselah keayuan dan kecomelan mereka. Selalunya anak arnab akan mula buka mata pada hari ke 10. Anak arnab dilahirkan dalam keadaan BUTA, PEKAK tetapi tidak BISU, maka jagalah mereka seadanya dan dengarlah rintihan mereka.


si LILO sedang menyusu anaknya


si PUTIH menyusu anaknya



kalau tergolek perut merinin macamni dah kira FULL TANK.

Tapi AWAS selalunya selepas kenyang pastinya sianak ini akan memancut....pengalaman akan mengajar segalanya.

2 comments:

  1. Salam. Anak arnab saya mati tiga ekor. Slalunya apa penyebab kematian anak? Anak arnab menjadi lemah hingga tidak bermaya menyusu di bdn idunya.. Dan saya memberikan susu bancuh untuk mereka sebelum mati.mohon bantuan

    ReplyDelete
  2. hye nk tnye arnab sye bru je melahir kan tpi ank arnab langsung x bergerak apa tnda nya tu ye

    ReplyDelete