Pages

Sunday 28 July 2013

arnab-arnab berehat

Sepanjang bulan RAMADHAN ni ada juga yang bertanya tentang jualan atau bekalan anak arnab yang hendak dijual. Jawapan Ar38 sepanjang bulan ni semua arnab-arnab Ar38 direhatkan sepenuhnya dari sebarang aktiviti.Kalau ada bekalan pun hanya untuk juadah berbuka dan stok daging HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal tiba. Ari ni pun masih ada yang bertanya. MAAFLAH dan terima kasih.

IBU sedang berehat dengan sabar menanti hidangan berbuka


LALI LO sedang bersantai sementara menunggu waktu azan 




Lagipun pada bulan ramadan ni Ar38 banyak menbantu isteri menjalankan jualan kuih raya seperti tahun-tahun yang lalu..........KUIH SUCI DALAM DEBU... sebalang RM 20.00.

Tahun ni kuih kami dah sampai Sarawak & Pulau Langkawi....kira dah ada kemajuan

Saturday 27 July 2013

arnab standard REX

Ari ni Ar38 jalan-jalan dengan family coz dah cuti. Pi PARKSON kat taman sejati, saja cari kasut anak-anak untuk sambut raya yang bakal tiba tak lama lagi. Lepas abis shopping singgah sat kat LOVE RABBITRY kat taman sejati indah. Belek-belek arnab terbekenan lak arnab rex, so apa lagi tangkap arnab rex standard sekor warna steel umur dalam 5 bln ++.


Thursday 25 July 2013

Salam pekenalan Ar38

Blog ArNABrIa38 (Ar38) Taman Ria, Sungai Petani ,Kedah Darul Aman , Malaysia wujud atas hobi sekeluarga dan kecintaan terhadap mahkluk kecil ciptaan allah bernama arnab/kelinci/rabbit/hare/lepus. Disamping menjadi bahan rujukan dan nota , Ar38 juga ingin berkongsi pengalaman,maklumat,idea,pendapat,pandangan dan berkongsi hobi serta minat terhadap arnab. Selain menjadi hidangan keluarga Ar38 juga menjual induk/anak arnab hidup jantan/ betina dan daging / kaskas arnab sekiranya ada permintaan dan yang penting kalau ada stock. Arnab-arnab mix dan pure (pedigree dan non pedigree) pedaging / bulu /hiasan dari baka American Chinchilla. Tan, Silver fox, English spot , Sable, Satin, Rhine Lander, Lilac, Holland Lop, French Lop, Magpie Harlequin, Japanese Harlequin, Jersey Wooly, Hotot, Netherland Dwarf, English Lop, Fuzzy Lop, Himalayan, Flemish Giant, Dutch, California, Alaska, American, Argent Champagne, Argent Champagne, Argente De Cre'me , Belgian, American Checkered Giant, Vienna White, Silver Marten, Castor Rex, Mini Rex, Seal point Rex, Britannia Petite, Palomino, Sable Satin, Seal Point Cashmere Lop, Smoke Pearl Cashmere Lop, Red Eye White Cashmere Lop, Black Cashmere Lop, Cinnamon, Havana, Satin Angora, French Angora, English Angora, Florida White, Lynx Dutch, Teddy Bear, Woody Toy atau Lion Head tiada dalam belaan Ar38, bersyukur dengan apa yang ada, sekadar hobi.