Pages

Friday 30 August 2013

Daging Arnab Segar dari Ladang

Hari ni Ar38 nak update cerita tapi yang minggu lepas punya. 16/8/13 Ar38 sefamily after subuh dah start kalut packing barang . Tujuan utama nak balik kampung wife dengan satu MISI, Kenduri Pulut Kuning Rendang ARNAB. Biasalah bila ada stok lebih sikit Ar38 buat kenduri family sikit...erat-eratkan siratulrahim.

Semua arnab sudah Ar38 uruskan pada petang 15/8/13,siap siang pagking dalam peti sejuk.


proses menyiang



naked rabbit


daging bersih berskala 5.7 kg


Ar38 bertolak dalam pukul 9 pagi, lebih kurang 20 minit dah sampai kampung (dekat je). Terus wife, mak mertua dan ipar duai menjalankan tugas masing-masing untuk menjayakan kenduri yang tak seberapa ni.


 sulam daging sikit untuk sapa-sapa yang perutnya tidak dapat terima daging arnab

rendang daging arnab

Selepas solat Jumaat keduri bermula, malangnya suasana meriah yang bersejarah ini tidak dirakamkan.
Ar38 ingat anak ambil, anak ingat Ar38 ambil, last-last sapapun tak ambil.....tak mengapa, belajarlah dari kesalahan.

Tuesday 13 August 2013

Arnab bertukar menjadi KURMA

Pejam celek pejam celek dah masuk raya ke6 dah. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk Ar38 mengucapkan SELAMT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.
Ari ni Ar38 nak cerita bagaimana nak menukarkan ARNAB menjadi KURMA, ini bukan ilmu hitam atau silap mata .........tapi inilah kenyataan.

Pagi ni selepas solat subuh Ar38 sudah bersiap sedia kiliaq(mengasah) pisau, lebih kurang 45 minit selepas itu arnab telah bertukar menjadi seperti gambar dibawah.....



daging/ kaskas arnab yang siap disiang berskala 1.5kg++. 
Harga pasaran kaskas bersih antara RM25 - RM40 SEKILOGRAM


Selepas itu Ar38 terus siap-siap untuk ketempat kerja. Sekembalinya Ar38 setelah seharian bekerja Ar38 lihat daging arnab tadi sudah bertukar menjaDI  KURMMMMAAaaa....



Daging Arnab Masak Kurma

Monday 5 August 2013

Rumah @ kandang arnab

Antara kandang arnab yang terdapat di Ar38. Kecil je hanya sekadar hobi memenuhi masa lapang.


Banglo


Semi D bekembar


Kondo 2 tingkat 12 pintu

Thursday 1 August 2013

Baka-baka arnab Ar38

Disini Ar38 ingin memperkenalkan antara penghuni-penghuni yang menghuni Ar38:


Walau kemana kita pergi, betapa hebatnya kita, jangan kita lupakan asal usul kita,  memperkenalkan
ORANG KAMPUNG

IBU - Arnab Kampung antara penghuni terawal dari generasi ke 3


PUTEH - Arnab Kampung generasi ke 4


KAMBING -  Arnab Angora dari generasi ke 4


KRP - Arnab New Zealand White (NZW) + Flemish Giant


LALILO - gadis Turki (Turkish Angora)


BULUBULU- Angora generasi ke 5


CAR PET - orang New Zeland kahwin dengan orang English
( NZW + EA)



dibawah ni ada 5 okor anak CAR PET bersama arwah BROWNIE (NZW) 

BLACKIE


B2- kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi- saling tak tumpah, macam
arwah ibu


S2


NO T (tail) - tok bidan tersilap potong ingat tali pusat


TOT





LIAN CHU


HECTOR


SAVE -New Zealand White REW