Pages

Monday 23 December 2013

Pengurusan Tinja Arnab

Pengurusan tinja aka najis aka tahi arnab adalah amat perlu dititik beratkan dalam penternakan arnab Ar38. Melalui pengalaman Ar38 tinja juga dapat menentukan pekembangan dan tahap kesihatan arnab kita. Pembersihan tinja secara teratur dan berjadual dapat mempertingkatlan kebersihan kandang dan kawasan persekitaran kandang dan ianya juga menjamin kesihatan arnab yang dipelihara.Ianya juga dapat menhindarkan bau yang kurang menyenangkan dan dapat menjauhkan dari mahluk yamg tidak diingini yang mungkin membawa kemudaratan kepada arnab kita.
Dari pengalaman dan pengamatan Ar38, penggunaan takungan(tray) tinja yang beroperasi seperti laci almari amat sesuai dan praktikal digunakan walaupun memerlukan penambahan kos.Dengan menggunakan sedikit daya kretiviti maka terciptalah takungan tinja yang memudahkan pengurusan tinja di Ar38

Jom kita tengok...

Laci (tray) tinja :

Bingkai

  •  diperbuat daripada kayu 1 x 1/2
Lantai
  • menggunakan jala/jaring nyamuk atau orang kampung Ar38 panggil mosquito net.
Kebaikanmya
  • jaring berlubang tidak menakung kencing, hanya memampung tinja (tinja mudah kering seperti menjemur ikan masin).
  • memudahkan proses pengendalian pembersihan tinja.
  • mudah/boleh dibasuh/cuci kalau kotor.
  • memudahkan pemantauan tinja (memastikan tahab kesihatan arnab).




yang hijau kat bawah tu...tray la tu



mai tengok dekat sikit...



pengendalian semudah ABC..



kan dah kata, semuanya KERING.....tak caya..


macam majun



pengumpulan tinja ala Ar38



2 hari punya stock



pembungkusan giat dijalankan



siap untuk diagihkan kepada yang layak menerima subsidi








.

Friday 20 December 2013

Stock Anak-anak Arnab NZW & MIX

Setelah mengharungi pahit jerih maka terhasillah anak-anak arnab New Zealand White dan MIX yang telah berumur 7 minggu.Disini Ar38 ingin berkongsi gambar-gambar sicomel...Kalau ada sesiapa yang terbekenan nak buat menantu, MINTAK MAAFLAH Ar38 tak jual pasal belum cukup umur 2 BULAN. Nak berniaga pun mesti beretika. Kalau dah cukup umur baru boleh masuk MEMINANG........








3 abdul


three masketiak


hitam itu menawan



GAMBAR POSING SINGLE

KOD 001/251013
MATADOR..... MIX kampung + standard rex
jantan DOB 25.10.2013 


KOD 002/291013
MIX NZW + Standard REX
DOB 29.10.2013


KOD 003/251013
MIX kampung + standard rex
DOB 25.10.2013 


KOD 004/251013
MIX kampung + standard rex
DOB 25.10.2013 


KOD 005/291013
MIX NZW + Standard REX
DOB 29.10.2013


KOD 006/251013
NZW 
DOB 25.10.2013


KOD 007/291013
MIX NZW + Standard REX
jantan DOB 29.10.2013


KOD 008/251013
NZW
jantan DOB 25.10.2013




KOD 009/291013
MIX NZW + Standard REX
DOB 29.10.2013







Tuesday 12 November 2013

Arnab Percik

8/11/2013 pagi ni Ar38 rasa macam nak makan arnab percik,biasalah hari-hari cuti macamni. Apa lagi macam biasalah, seekor arnab New Zealand White menjadi korban Ar38 pada pagi ni. Ini lah untungnya berhobikan menternak arnab, rasa nak makan tiada tapi-tapi lagi. Untuk yang masih belum mencuba lagi daging arnab, Ar38 nasihatkan JANGAN MENCUBA kerana nanti gian susah, IT TASTED LIKE CHICKEN.........WOOOooooo.



 dok tengah panggang

Ni Ar38 nak kongsi resipi arnab percik:

- daging/kaskas arnab berskala 1.5 kilo

Bahan yang perlu diblender dgan 3/4 cawan air
  • 250g bawang besar
  • 25g halia
  • 25g lengkuas
  • 25g bawang putih
  • 3 btg serai
- 1 cwn gula kasar
- 1.5 camca kecil serbuk stock ayam
- 2 senduk cili mesin/boh
- 250g santan kelapa
- 1.5 camca kecil garam



caranya:


  • masak semua bahan sehingga mendidih, masukkan daging arnab. 
  • Masak sehingga daging 3/4 masak.
  • asingkan daging dgn kuah
  • daging bolehlah dipanggang 
  • lebihan kuah bolehlah dibuat percik atau dituang diatas daging sebelum dihidangkan.




hasil yang merujakan anak-anak Ar38

Kelahiran arnab New Zealand White & Rex

Berakhir suatu penantian Ar38 setelah seekor ibu New Zealand White yang baru matang mengandung dan melahirkan anak. Begitu juga seekor ibu lama dan seekor ibu muda melahirkan anak dari baka REX dipenghujung October.



3 ekor anak New Zealand White

D.O.B  26/10/2013





Kelahiran sulung REX dibumi Ar38

D.O.B 25/10/2013




Baka STANDARD REX ibu muda yang baru matang

D.O.B 29/10/2013

Ar38 akan up date gambar-ganbar sikecil ini setelah mereka membesar nanti. TUNGGGUUuuuuuuu...........

Tuesday 29 October 2013

Satey Arnab

25 Oct 2013, Bangkit pagi ni Ar38 rasa macam teringin nak makan satey arnab. Rasa-rasa Ar38 ada gi stock arnab dalam reban. Lepas Asar projek sembelihan bermula. Abih siang semua, kalut pulak dok buat bahan-bahan untuk buat perap daging.Pengalaman Ar38, klu perap semalaman baru ada uummmmmm.Klu gu tu esok la baru nak brasa satey arnab.Esok pun esok lah......



proses pemerapan daging arnab bermula

Kat  bawah ni Ar38 nak kongsi cara-cara atau resipi perapan satey,


1 kilo daging arnab yang dipotong dadu

BAHAN A
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
5 batang serai
4 cm lengkuas
4 cm halia
2 biji isi buah kurma

BAHAN B
1/2 camca besar jintan manis
3/4 camca besar jintan putih
1/2 camca besar ketumbar

BAHAN C
1 1/2 camca kecil garam
4 camca besar gula kasar
1 camca besar gula merah
1 ketul gula batu anggaran ibu jari
2 sudu besar minyak masak

caranya;
1. blander bahan A dengan 2 cawan air.
2. bahan B cukup sekadar diganyang sahaja
kahwinkan kesemua bahan A, B & C. Kacau sehingga sebati dan masukkan kesemua daging arnab kedalam bahan tersebut. Perap semalaman (masukkan kedalam peti sejuk selepas 5 jam)
Rendam lidi pencucuk 2 jam atau lebih didalam air sebelum proses mencucuk satey dijalankan (mengelakkan lidi hangus terbakar bila proses membakar dijalankan). 
Pa.... lagi boleh la mula pelekat api dan start mensatey....lebihan perapan bolehlah dijadikan bahan perenjis semasa membakar satey.




dok tengah bakaq
segan nak hiris kecik-kecik, nak cucuk-cucuk lagi, camni pun kira OK gak




dah nak start makan dah ni




tak lengkap satey kalau takde KUAH


kat bawah ni resipi kuah dia;

1/2 kg kacang tanah 

BAHAN A
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering

BAHAN B
2 papan gula gerek
2 sudu asam jawa diambil airnya sahaja
3 sudu besar gula kasar
1 sudu besar garam

caranya
  1. kacang digoreng masak tampa minyak, buang kulit & tumbuk
  2. bahan A dihiris dan digoreng sehingga garing,sejatkan minyak blander dengan 2 cawan air.
  3. kahwinkan kacang tanah dengan semua bahan didalam periuk,tambah 2 cawan air,masak sehingga mendidih,tutup api dan tudung periuk.
  4. biarkan sejuk dan bila minyak kacang dah timbul dipermukaan,Kacau dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA.

Tuesday 22 October 2013

Anak Arnab Bergebu

Sementara menunggu kelahiran arnab Rex dan New Zealand White yang sedang sarat mengandung, Ar38 ingin menpratontonkan gambar anak arnab yang sedang menggebu....umur baru 11 minggu.


aksi romantis


come..dak?


lena lu selagu....


pandangan hadapan


bukan iklan kanta lekap,my eye is ori ruby in colour 


jangan pandangan belakang....


tengok betul-betul ini bukan lembu


Red Eye White (REW)


bila adik besar, adik cuma senyum aje...


dari belakang boleh nampak side mirror

Thursday 19 September 2013

Updated Ibu dan Anak Arnab

Hari ini genab anak arnab Turkish Anggora berumur 20 hari. Bermakna sudah genab 4 hari mereka kembali bersama ibu tercinta;

Dibawah ni update si LILO bersama anak-anaknya

ArNABrIA38


LILO ibu yang penyayang, TAPI AWAS jangan cuba menyentuh anaknya tampa kebenaran, pasti anda akan diganyang dan dicakarnya.


ArNABrIA38

BUUuuu...... NaKk Thu..THU


ArNABrIA38

happy family


ArNABrIA38
baru berusia 20 hari, BULU dah mula menggebu dan memanjang


ArNABrIA38
Sama Ke?????


ArNABrIA38

lebih kurang je....

Dibawah ni si IBU, arnab kampung dengan anaknya yang berusia 19 hari, tinggal siputih sekor je, yang black dotted tu dah RIP hari ke 3.



ArNABrIA38

anak manja