Pages

Tuesday 29 October 2013

Satey Arnab

25 Oct 2013, Bangkit pagi ni Ar38 rasa macam teringin nak makan satey arnab. Rasa-rasa Ar38 ada gi stock arnab dalam reban. Lepas Asar projek sembelihan bermula. Abih siang semua, kalut pulak dok buat bahan-bahan untuk buat perap daging.Pengalaman Ar38, klu perap semalaman baru ada uummmmmm.Klu gu tu esok la baru nak brasa satey arnab.Esok pun esok lah......



proses pemerapan daging arnab bermula

Kat  bawah ni Ar38 nak kongsi cara-cara atau resipi perapan satey,


1 kilo daging arnab yang dipotong dadu

BAHAN A
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
5 batang serai
4 cm lengkuas
4 cm halia
2 biji isi buah kurma

BAHAN B
1/2 camca besar jintan manis
3/4 camca besar jintan putih
1/2 camca besar ketumbar

BAHAN C
1 1/2 camca kecil garam
4 camca besar gula kasar
1 camca besar gula merah
1 ketul gula batu anggaran ibu jari
2 sudu besar minyak masak

caranya;
1. blander bahan A dengan 2 cawan air.
2. bahan B cukup sekadar diganyang sahaja
kahwinkan kesemua bahan A, B & C. Kacau sehingga sebati dan masukkan kesemua daging arnab kedalam bahan tersebut. Perap semalaman (masukkan kedalam peti sejuk selepas 5 jam)
Rendam lidi pencucuk 2 jam atau lebih didalam air sebelum proses mencucuk satey dijalankan (mengelakkan lidi hangus terbakar bila proses membakar dijalankan). 
Pa.... lagi boleh la mula pelekat api dan start mensatey....lebihan perapan bolehlah dijadikan bahan perenjis semasa membakar satey.




dok tengah bakaq
segan nak hiris kecik-kecik, nak cucuk-cucuk lagi, camni pun kira OK gak




dah nak start makan dah ni




tak lengkap satey kalau takde KUAH


kat bawah ni resipi kuah dia;

1/2 kg kacang tanah 

BAHAN A
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering

BAHAN B
2 papan gula gerek
2 sudu asam jawa diambil airnya sahaja
3 sudu besar gula kasar
1 sudu besar garam

caranya
  1. kacang digoreng masak tampa minyak, buang kulit & tumbuk
  2. bahan A dihiris dan digoreng sehingga garing,sejatkan minyak blander dengan 2 cawan air.
  3. kahwinkan kacang tanah dengan semua bahan didalam periuk,tambah 2 cawan air,masak sehingga mendidih,tutup api dan tudung periuk.
  4. biarkan sejuk dan bila minyak kacang dah timbul dipermukaan,Kacau dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA.

Tuesday 22 October 2013

Anak Arnab Bergebu

Sementara menunggu kelahiran arnab Rex dan New Zealand White yang sedang sarat mengandung, Ar38 ingin menpratontonkan gambar anak arnab yang sedang menggebu....umur baru 11 minggu.


aksi romantis


come..dak?


lena lu selagu....


pandangan hadapan


bukan iklan kanta lekap,my eye is ori ruby in colour 


jangan pandangan belakang....


tengok betul-betul ini bukan lembu


Red Eye White (REW)


bila adik besar, adik cuma senyum aje...


dari belakang boleh nampak side mirror